Wednesday, July 11, 2018

Kehidupan Di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

Selesai je interview II di IPGKDRI teruss ak pergi ke Matrik lapor diri keesokan harinya. 
Jadi macam mana hidup di matrik ni sebenarnya?
Matrik ni ramai cakap macam sekolah la, peraturan ketat, susah nak mampos lah, STRES ! Kononnyalah.

Tapi aku akan cerita pengalaman aku di KMKPh selama 1-2 Bulan. Lpas tu aku keluar dari sini.
BRO , ASAL KAU KELUAR Ya ALLAHH! Aku dah soalan tu jawab kat post IPG part II tu.


Ni last day, tengah settle nak keluar :)

Apa yg kena tau sebelum buat pilihan untuk KMKPh ni
1) modul semua seragam. Maksudnya?
Bermula batch aku (2018) dia dh samakan semua pelajar modul yg sama. Takde dh modul i, modul ii, modul iii. Ntah la mngapa nak. Modul ni merangkumi
I) Kimia
Ii) Fizik
Iii) Kejuruteraan awam
Iv) Matematik
Dan subjek wajib ambil
Bi,Pai,Pengajian am
2) Jumlah pelajar di KMKPh hanyalah 300-400 sahaja setiap tahun jika dibandingkan Matrik biasa 2000 lebih.
  Tiada program dua tahun.
3) Satu kelas 20 orang ke bawah.
4) Satu bilik 4 orang (asrama)
5) Kelas pagi sampai petang
6) Elaun RM250 sebulan (for those yg layak)
7) Lelaki lagi ramai dari pompuan
8) Dulu asalnya KMKPh ni dipanggil Matrik Teknikal, tapi sekarang Matrik Kejuruteraan

Tu setakat ni lah, ada beberapa gambar yg aku ambil untuk korang kenal-kenalan sikit dengan KMKPh ni.

Ni ibarat pintu gerbang la selepas melepasi Pondok Guard.
Kalau ke kanan akan menuju ke blok akademik,
kalau ke kiri melalui padang akan terus pergi ke asrama.



Tempat ni la yang kebanyakan orang ambik gambar as memorial . Belakang dia tu dewan, tempat main badminton selalu petang2 time










Ni sama jugak lah, bersebelahan je dengan yang kat atas tu. Dulu KMTPh sekarang dah berubah


Kat sini pemain2 ragbi dah mula mengganas fuhhh
Meanwhile  pemain bola sepak menunjukkan belang mereka di atas padang aumm.
Walaupun belajar satu tahun je (2 sem) bukannye korang kene terperap duk studi kat bilik 
je or bilik studi, riadah pun digalakkan jugak untuk keluarkan peluh. Badan Sihat Otak Cergas.
Yeahhhh



Tu sebelah aku tu (warna putih) nama dia sepul duk Besut tp cakak Kelate,
nate apo gak huk aloh

Hok duk tengoh tu nama dia apik main setter boh n Leyo sebeloh dia orang Sabah baaaa

Yang tu pulak court volley depan blok aspuri dekat je ngn guard 
Yang ni la masjidddddd bukan surau eh, banyak orang solat Jumaat kat sini owww.
Yaaaa, inilah lorong ke surau korang (bilik), solat kat masjid la, bukan surau aduhmak. Jangan cakap aku ajar eh,
lempang ko karang. So dia split dua blok Abu Bakar n Saidina Umar. Ke depan sikit lagi blog ALI
3 Aras je nanti, but still masih penghuni kosong watchouttt.
HAHAHA
This is how your room gonna be like, blog Ali lagi awal ;(
diorang ada shelf ntah btul ke tak ejaan.
Nilah sekmung akan dapat each one of you, so kemas elok2 ya.

Membe lapar beb, geng ganu aku cuma dia duk kat K.T
Ni lah roommate aku kecuali depan si yg berdiri tu si zapan. Dia duk sebelah
suka sangat lepak ngn kitorang.
Yang pakai spek sebelah aku tu Mantop nama panggilannya, satu2 nya geng satu sekolah aku SAMURA,
Masa outing last aku, sempat laa belanja Pizza takpe demi member, jangan kedekut sangat duk ostel ni.

Ni je yg sempat aku ambil kat lab kejuruteraan tu pun lect tak kisah dah sbb dh tau ak dh nak kuar :)

Kantin kah itu? Nopee, tu mini library. Tempat lepak2 pun boleh. Mesin coway pun ada, tv pun ada, buku
lagi la banyak., bagi mereka nak bace paper kat sini bleh la datang sini time gap ke, 





 I think that all from me, feel free to ask me if ada apa2 soalan nak ditanya. Im try my best nak jawab soalan koran tu. Kalau takleh jawab pun sori sebab banyak lagi yg tak tahu tentang matrik ni act. HAHAHA.











INTERVIEW IPG - PART II

So, lets continue with this interview blaablabla.
Kena tahu, hanya mereka yang LAYAK or BERJAYA ujian UKCG haritu akan dapat pergi untuk interview II ni. So boleh cek nya nanti lepas ke tak kat laman web dia kat pismp.moe.gov.my
Jadi apa persediaan yang boleh dilakukan untuk interview ni?

Kena tahu tau akan ada interview INDIVIDU dan BERKUMPULAN. Mula2 individu dahulu of cos.

-Cuba jawab soalan aku bagi ni,

"Cuba terangkan tentang diri anda"

Yep, tu standard soalan mana2 interview pun.

Akan ada satu borang tentang diri anda yg kena isi sebelum datang. Make sure yg siapa2 suruh MAK BAPAK diorang isikan TOLONG baca balik apa yg mak bapak korang isi. Sbb ak ibu ak isikan. Hahaha. Tp aku ingat semua apa yg ibu aku isi. 

KENAPA KENA INGAT PULAK NYE? BIAR LA DIOANG BUATKAN
.
Macam kes ak dia tanya balik sambil tengok borang tu.

-Mantapkan korang punya pengetahuan tentang pembelajaran abad kini dan tentang bidang subjek yg kamu ambil.

Oke dengar sini, bila masuk IPG terang2 lah yang kamu AKAN mengajar murid. Tak hairan lah kalau kau Straight A+ sekalipun but cara penyampaian kau macam taik hopeless gak. Apa kaitan bro?
KALAU dia tanya (macam aku lah) 'macam mana awak nak atasi murid yg tak bersemangat dlm kelas walaupun hari pertama mereka?' Nah ambek kau Aku siap mintak bg saya masa untuk brfikir. Hahahaha.(tak lama pun, lam seminit) Time tula nak recall sgala pengetahuan kau. Kalau nak tau aku jawab apa sila TANYA

Dia boleh bagi macam2 situasi contohnya kena ajar salah satu sub topik ke, apa yg kena buat kalau blablabla camtu lah lebih kurang

PAKAIAN - INGAT, nak iv jadi cikgu so pakaian silalah ikut peraturan cikgu.
-Baju kemeja putih , tie warna merah ialah standard formal.
-Seluar slek jangan ketat bro kalau taknak kena 'sound'. 

Sbb haritu ada member sbepah aku kena tanya 'awak rasa pemakaian awak layak ke nak jadi seorang guru?' POK DIA

PERCAKAPAN - Korang iv kat tempat terdekat kan? So, kalau yg tinggal di Terengganu macam aku or Kelantan or mana2 negerilah yg ada dialek tu mohon BUANG dialek tu. Guna bahasa standard takde lah sampai kena baku. 
 - Setiap kali nak jawab soalan yg dibagi tu jawab dengan YAKIN sbb diorang boleh provoke kamu. 'awak pasti?'
- KALAU soalan yg dibagi tu tak boleh jawab, or mmg tak tahu MESTI jawab jugak. Jangan sesekali jawab 'maaf saya tak tahu' DENG. Bro, mcm mana nak jawab kalau tak tahu? Haaa masa ni la kena goreng xD HAHAHA. Mulakan ayat anda dengan, "pada pendapat saya", "pada pandangan saya", pastu goreng lah. hahaha. 

GAYA BADAN - Well, ni mungkin napak remeh tp main peranan besar beb. Terutamanya ketika duduk, berdiri masa iv tu. Diorang takde la usya betul2 tp jangan nampak ketara sangat.
- Masa berdiri mohon jangan bongkok or nampak tidak bermaya. diri tegak dengan yakin tapi muka jangan la poyo sgt sial. Ak pun nak bg pelempang kalau macam tu. hahahaha

-masa duduk tolong jangan menyandar macam kerusi tu bapak kau punya. sandar sikit je, then badan tu tegak sikit. Acah profesional lah adoi. then kaki tu jangan duk lunjur ke depan.

- Muka ya Allah tau la 1st time interview tp jangan la nmpak cuak sangat xD hahaha. Chill je, muka yakin then jangan poyo or muka belagak. Sentiasa murah senyuman :)

*TAMBAH ILMU PENGETAHUAN TENTANG PEMBELAJARAN ABAD KE 21 NI
sbb apa?

Well mcm ak cakap, akan ada soalan yg susah ( nasib la ) kena kita. Masa ni la boleh guna.
Contohnya macam aku kena tanya
 "macam mana awak nak ajar murid darjah satu topik penambahan?"
BRO n SIS sekalian, ak bukan cikgu tp pengetahuan yg kita kaji kita boleh aplikasi dalam kehidupan kita. WALAUPUN aku tak tau nak jawab apa, aku selit dengan perkataan 'set induksi'.

MASIH tak menjawab soalan actually, tp diorang tertarik dengan perkataan tu lalu suruh aku demonstrate macam mana nak buat. Hahaha. Well, ak dah bersedia dengan situasi tu dan berlakon lah kat situ dengan guna peralatan dalam bilik tu sebagai bahan set induksi aku dan diorang semua adalah murid aku. HAHAHA. Dengan jayanya lakonan aku menjadi. MALU? gile tak malu, tapi aku nak berjaya lupakan semua tu. Malu sekejap je.


 Nah pemakaian encem boi , acah je pakai blazer


CONTINUE WITH INTERVIEW BERKUMPULAN

In this part, all of you will gather while surrounded the table that have a piece of paper lol.
Korang kena kumpul kat satu meja o berdiri of cos dan akan dibagi sekeping kertas yg mengandungi gambar bersituasi. Based on kertas tu korang kena discuss n cakap sesama korang. 

So, apa cabarannya? Okay, cabaran di sini ialah brain storming. korang kena fikir secepat yg mungkin nak dapatkan isi untuk situasi gambar tersebut. Siapa mula dulu of cos la dah advantage.

Apa yg perlu difikirkan di sini?
Other than BM, BI , SEJARAH dan PAI, MESTI akan ada meraka yg malu nak bercakap.

So, you as a one of the candidate kat situ korang la kena galakkan diorang bercakap.( contohnya : lepas kau dh bagi isi, kau tanya la, "apa pula pendapat bagi (siapa2 je) tentang isu ini?) haa. Bukannya korang banyak bagi isi korang dapat markah banyak. No no no. It about teamwork. Dan tolong BERANI nak bercakap masa tu.

Bercakap tu kuat dan jelas baru la orang tengok kat kau .

Ni gak semua duk tenung kat kertas tu acah2 fikir. Tu la time aku. Last2 aku gak yang start dulu cb. Dia bukannya akan tenung sorang2, diorang cuma nak korang bercakap.

I think tu je kot tips yg dapat aku bagi =D

Nampak macam budak yg baik kan? Rambut tu kalau boleh rapat tepi lagi.
Interview je aku rambut macam ni xD HAHAHA.



So, to those yg sudah berusaha sebaik mungkin insyaallah kalau ada rezeki korang akan terpilih. Malah mungkin ada rezeki yg lagi baik berbanding yg kita duk ratapi tu.




Friday, July 6, 2018

INTERVIW IPG PART I - UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) 2018

Assalamualaikum, yeah sambung balik . Jadi, dengan sedikit sedih setelah diriject UPNM tu ada la jugak hikmah nya.

Apa hikmahnya?

Yelah, ak dah train macam orang gila for 1 month untuk ujian kecergasan kt UPNM tp malangnyaa... Dahler malas nak cerita spoil mood ak je, haih.

Hikmahnya ialahhhhh hasil train ak tu berguna jugak untuk UKCG setelah ak tahu ujian UKCG tu dalam masa terdekat lepas interview UPNM. Fuh, boek. 

So, UKCG ni kena buat apa actually?  

This is the story of the ,,, ak post jelah gambar hayya. malas lerr nak type.

Ni asalnya aku dah post kat story IG ak, so repost lah ni.

Get ready bruh









          





 *Some of them akan nampak ni senang je, tapi bagi ak ni akan jadi susah KALAU tak buat latihan n tak ada COMMON knowledge

SO, THERE ARE SOME TIPS THAT I CAN GIVE

UJIAN PENULISAN - Ni bagi ak pun senang sbb soalan kaunseling. Tp ingat, there is some trick to make u fail,antaranya ...

i) soalan yg sama - nak tengok korang punya keyakinan
ii) soalan yg obviously jawapannya 'setuju' atau "tidak setuju" (kalau jawab "kurang setuju" mungkin fail)
iii) jawab je A or D (sangat setuju or sangat tidak setuju)

UJIAN FIZIKAL - yang ni agak mencabar tp dapatkan semaksima yg mungkin.

i) jangkauan melunjur - disebabkan ak ni mmg fleksibel dari kecik so no prob. untuk engkorang yg mcm kayu ni kena la praktis dari awal supaya LENTUR sikit badan tu

ii) bangkit tubi variasi - disebabkan ada 5, KENA try jugak canne pun kat rumah. sekali je beb. jangan berlagak sbb ak tengok orang gemok boleh buat so ak pun konfiden bila dah hari yg sebenarnya yep, HAMPIR2 fail sbb nasib boleh 2nd try.

iii) tekan tubi - Yang ni mmg tak dinafikan mmg susah n senang bg yang dh biasa buat mcm ak. hahahaha. So nak berjaya usahalah macam orang nak berjaya.

iv) bleep test - yang ni MESTI lari jugak, kena train, ak yg dah train pun semput jugak. engkorang jangan nak membongakk ye. apa yg aku perasan kan aku punya latihan membantu sikit je sbb ak jogging nonstop. BLEEP TEST ni ujian berlari dan berenti dan berlari dan berenti dan berlari LEMBAB BACA SMPAI HABIS. hahahaha. 
                     - Korang kena rebut peluang markah kat sini sbb tinggi beb 40%



INGAT ! Kalau anda BERJAYA SAHAJA ujian ukcg ni baru anda boleh melayakkan diri anda ke interview yg kena cakap2 tu. Tekan di SINI untuk tahu lebih lanjut.


So, i hope u guys suceed n pray for me too for my own successssssssss too. tanya ler kalau ada kemusykilan apa2 ya =)











Dilema Nak Masuk Apa

Jadi, memandangkan aku dah "diriject" UPNM, ak kena lah pilih institut untuk ak sambung yang lebih menjamin masa depan. But still, aku masih ada optional nak pilih masuk apa disebabkan resul SPM ak yang bagi aku HEBATTTTTTT dah ni (8A 2C). Iaitu, Matrik Kejuruteraan Pahang (KMKPh) or Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA). Ko rase aku pilih apa? Aku pilih matrik lah xD hahahaha. Asal? sebabnya macam ni, sementara nak tunggu UPU dapat kau kena pillih nak stay rumah or matriks. Macam kes ak, ak letak 1st and 2nd choice UPNM and 3rd choice Asasi kejuruteraan dan Sains Komputer at UIA. Jadi, disebabkan dah diriject awal2 UPNM, ak bimbang tak dapat apa2 langsung so ak decide masuk matriks. Lupa nak bagitahu, ak pergi UJIAN UKCG sebelum masuk matriks.

Dahtu, ape ceritanya? Sabar ler tak habis cerita lagi.

 Ginii, bila dah stay matriks n dah dapat tahu keputusan UPU nanti, based on rezeki masing2 la dapat ke tak. So lepas beberapa minggu dengan syukurnya ak dapat UIA. Tp ak tek pergi sbbnyaaaaaaaaaaaaa ..... ak tau pulak boleh dapat refund untuk yuran yg berjumlah RM 500 tu xD HAHAHA. Ramai yg macam argue aku rugi lah, silap besar lah sebab tk pergi. So what hidup aku suka hati aku lahh. 

So, hidup la aku di matriks kejuruteraan Pahang untuk beberapa bulan. Apa terjadi lepas tu? 
Tunggu la ak update haiyaaa. =)