Wednesday, July 11, 2018

INTERVIEW IPG - PART II

So, lets continue with this interview blaablabla.
Kena tahu, hanya mereka yang LAYAK or BERJAYA ujian UKCG haritu akan dapat pergi untuk interview II ni. So boleh cek nya nanti lepas ke tak kat laman web dia kat pismp.moe.gov.my
Jadi apa persediaan yang boleh dilakukan untuk interview ni?

Kena tahu tau akan ada interview INDIVIDU dan BERKUMPULAN. Mula2 individu dahulu of cos.

-Cuba jawab soalan aku bagi ni,

"Cuba terangkan tentang diri anda"

Yep, tu standard soalan mana2 interview pun.

Akan ada satu borang tentang diri anda yg kena isi sebelum datang. Make sure yg siapa2 suruh MAK BAPAK diorang isikan TOLONG baca balik apa yg mak bapak korang isi. Sbb ak ibu ak isikan. Hahaha. Tp aku ingat semua apa yg ibu aku isi. 

KENAPA KENA INGAT PULAK NYE? BIAR LA DIOANG BUATKAN
.
Macam kes ak dia tanya balik sambil tengok borang tu.

-Mantapkan korang punya pengetahuan tentang pembelajaran abad kini dan tentang bidang subjek yg kamu ambil.

Oke dengar sini, bila masuk IPG terang2 lah yang kamu AKAN mengajar murid. Tak hairan lah kalau kau Straight A+ sekalipun but cara penyampaian kau macam taik hopeless gak. Apa kaitan bro?
KALAU dia tanya (macam aku lah) 'macam mana awak nak atasi murid yg tak bersemangat dlm kelas walaupun hari pertama mereka?' Nah ambek kau Aku siap mintak bg saya masa untuk brfikir. Hahahaha.(tak lama pun, lam seminit) Time tula nak recall sgala pengetahuan kau. Kalau nak tau aku jawab apa sila TANYA

Dia boleh bagi macam2 situasi contohnya kena ajar salah satu sub topik ke, apa yg kena buat kalau blablabla camtu lah lebih kurang

PAKAIAN - INGAT, nak iv jadi cikgu so pakaian silalah ikut peraturan cikgu.
-Baju kemeja putih , tie warna merah ialah standard formal.
-Seluar slek jangan ketat bro kalau taknak kena 'sound'. 

Sbb haritu ada member sbepah aku kena tanya 'awak rasa pemakaian awak layak ke nak jadi seorang guru?' POK DIA

PERCAKAPAN - Korang iv kat tempat terdekat kan? So, kalau yg tinggal di Terengganu macam aku or Kelantan or mana2 negerilah yg ada dialek tu mohon BUANG dialek tu. Guna bahasa standard takde lah sampai kena baku. 
 - Setiap kali nak jawab soalan yg dibagi tu jawab dengan YAKIN sbb diorang boleh provoke kamu. 'awak pasti?'
- KALAU soalan yg dibagi tu tak boleh jawab, or mmg tak tahu MESTI jawab jugak. Jangan sesekali jawab 'maaf saya tak tahu' DENG. Bro, mcm mana nak jawab kalau tak tahu? Haaa masa ni la kena goreng xD HAHAHA. Mulakan ayat anda dengan, "pada pendapat saya", "pada pandangan saya", pastu goreng lah. hahaha. 

GAYA BADAN - Well, ni mungkin napak remeh tp main peranan besar beb. Terutamanya ketika duduk, berdiri masa iv tu. Diorang takde la usya betul2 tp jangan nampak ketara sangat.
- Masa berdiri mohon jangan bongkok or nampak tidak bermaya. diri tegak dengan yakin tapi muka jangan la poyo sgt sial. Ak pun nak bg pelempang kalau macam tu. hahahaha

-masa duduk tolong jangan menyandar macam kerusi tu bapak kau punya. sandar sikit je, then badan tu tegak sikit. Acah profesional lah adoi. then kaki tu jangan duk lunjur ke depan.

- Muka ya Allah tau la 1st time interview tp jangan la nmpak cuak sangat xD hahaha. Chill je, muka yakin then jangan poyo or muka belagak. Sentiasa murah senyuman :)

*TAMBAH ILMU PENGETAHUAN TENTANG PEMBELAJARAN ABAD KE 21 NI
sbb apa?

Well mcm ak cakap, akan ada soalan yg susah ( nasib la ) kena kita. Masa ni la boleh guna.
Contohnya macam aku kena tanya
 "macam mana awak nak ajar murid darjah satu topik penambahan?"
BRO n SIS sekalian, ak bukan cikgu tp pengetahuan yg kita kaji kita boleh aplikasi dalam kehidupan kita. WALAUPUN aku tak tau nak jawab apa, aku selit dengan perkataan 'set induksi'.

MASIH tak menjawab soalan actually, tp diorang tertarik dengan perkataan tu lalu suruh aku demonstrate macam mana nak buat. Hahaha. Well, ak dah bersedia dengan situasi tu dan berlakon lah kat situ dengan guna peralatan dalam bilik tu sebagai bahan set induksi aku dan diorang semua adalah murid aku. HAHAHA. Dengan jayanya lakonan aku menjadi. MALU? gile tak malu, tapi aku nak berjaya lupakan semua tu. Malu sekejap je.


 Nah pemakaian encem boi , acah je pakai blazer


CONTINUE WITH INTERVIEW BERKUMPULAN

In this part, all of you will gather while surrounded the table that have a piece of paper lol.
Korang kena kumpul kat satu meja o berdiri of cos dan akan dibagi sekeping kertas yg mengandungi gambar bersituasi. Based on kertas tu korang kena discuss n cakap sesama korang. 

So, apa cabarannya? Okay, cabaran di sini ialah brain storming. korang kena fikir secepat yg mungkin nak dapatkan isi untuk situasi gambar tersebut. Siapa mula dulu of cos la dah advantage.

Apa yg perlu difikirkan di sini?
Other than BM, BI , SEJARAH dan PAI, MESTI akan ada meraka yg malu nak bercakap.

So, you as a one of the candidate kat situ korang la kena galakkan diorang bercakap.( contohnya : lepas kau dh bagi isi, kau tanya la, "apa pula pendapat bagi (siapa2 je) tentang isu ini?) haa. Bukannya korang banyak bagi isi korang dapat markah banyak. No no no. It about teamwork. Dan tolong BERANI nak bercakap masa tu.

Bercakap tu kuat dan jelas baru la orang tengok kat kau .

Ni gak semua duk tenung kat kertas tu acah2 fikir. Tu la time aku. Last2 aku gak yang start dulu cb. Dia bukannya akan tenung sorang2, diorang cuma nak korang bercakap.

I think tu je kot tips yg dapat aku bagi =D

Nampak macam budak yg baik kan? Rambut tu kalau boleh rapat tepi lagi.
Interview je aku rambut macam ni xD HAHAHA.



So, to those yg sudah berusaha sebaik mungkin insyaallah kalau ada rezeki korang akan terpilih. Malah mungkin ada rezeki yg lagi baik berbanding yg kita duk ratapi tu.




No comments:

Post a Comment